Selepas Mesyuarat 1/2012, saya 'dilepaskan' dari memegang kelas. Agak lega... Tapi bila fikir balik.... apa agaknya jawatan baru yang perlu saya pegang. Rupanya saya diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
Ini adalah antara senarai tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman
- Menyediakan jadual waktu peperiksaan sekolah.
- Menyediakan jadual pembina soalan
- Mengurus percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
- Memastikan keselamatan kertas soalan.
- Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada guru pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
- Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubal soalan.
- Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang tetapkan.
- Menetapkan tarikh dan masa perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan murid. ( Hari Terbuka)
- Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan di dalam bank soalan.
No comments:
Post a Comment