PANDUAN
PELAKSANAAN PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN PROTIM (M3)
TAHUN 4 DAN TAHUN 5
PENDAHULUAN
Program Tiga M (PROTIM) merupakan satu program yang
dilaksanakan bagi murid-murid yang berada di Tahun 4 dan Tahun 5. Ia
dilaksanakan mulai April 2012 di semua sekolah rendah KPM. Selepas tiga bulan
murid berada di Tahun 4 dan Tahun 5, semua murid di sekolah rendah akan
menduduki Ujian Diagnostik yang dipanggil Praujian PROTIM Tahun 4 dan Tahun 5.
Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan, murid tersebut mesti
mengikuti kelas PROTIM yang akan dilaksanakan mulai April 2012. Mereka akan
menduduki Pascaujian PROTIM pada awal bulan November 2012 bagi melihat kemajuan
penguasaan kemahiran mengira. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan, murid
tersebut akan mengikut kelas seperti biasa.
PANDUAN
PELAKSANAAN
Kandungan dan pelaksanaan praujian dan pascaujian PROTIM (Kemahiran
Mengira) adalah seperti berikut:
1.
Soalan terdiri daripada empat bahagian iaitu Tambah,
Tolak, Darab dan Bahagi. Setiap bahagian mengandungi 10 soalan.
2.
Setiap soalan mewakili satu markah Jumlah keseluruhan
markah ialah 40.
3.
Ujian perlu dijalankan dengan jujur, guru tidak
dibenarkan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.
4.
Berikut adalah skor markah:
·
Setiap bahagian: 8 – 10 markah jika murid menguasai
kemahiran mengira bagi bahagian tersebut.
·
Keseluruhan: 32 – 40 markah jika murid menguasai
keseluruhan kemahiran mengira.
·
Rujuk Skema Pemarkahan PROTIM pada m/s. 2
5. Tindakan
guru PROTIM:
i.
Melengkapkan Maklumat Sekolah dalam Borang 1 pada sheet
“Makl_Sek”
ii.
Memasukkan skor pencapaian murid secara individu dalam
Borang 2 pada sheet “Skor_Murid”
iii.
Memasukkan analisis pencapaian murid dalam Borang 3 pada
sheet “Ana_Pencapaian”
iv.
Melaporkan maklumat Praujian dan Pascaujian PROTIM kepada
Guru Besar serta pelan tindakan untuk melaksanakan kelas PROTIM
6. Maklumat Praujian
dan Pascaujian PROTIM hendaklah dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan
seperti dalam Pelan Tindakan PROTIM Tahun 4 dan Tahun 5 2012.
SKEMA PEMARKAHAN PROTIM
(M3)
1.
Satu
soalan satu markah.
2.
Murid
lulus dan tidak perlu mengikuti kelas PROTIM jika:
i.
Menjawab
kesemua soalan dengan betul.
atau
ii.
Betul
sekurang-kurangnya 8 soalan bagi setiap bahagian tambah, tolak, darab dan bahagi di mana jumlah markah
adalah 32 markah.
3.
Murid
perlu mengikuti kelas PROTIM jika:
i.
Gagal
memperolehi 32 markah hingga 40 markah.
ii.
Rujuk
contoh di bawah:
Tambah
|
8
|
Tambah
|
10
|
||||||
Tolak
|
8
|
Tolak
|
10
|
||||||
Darab
|
8
|
Darab
|
9
|
||||||
Bahagi
|
8
|
Bahagi
|
4
|
||||||
32
|
33
|
|
|
Tambah
|
7
|
Tambah
|
10
|
||||||
Tolak
|
7
|
Tolak
|
10
|
||||||
Darab
|
7
|
Darab
|
4
|
||||||
Bahagi
|
7
|
Bahagi
|
4
|
||||||
28
|
28
|
|
|
(*) Murid yang menguasai kemahiran mengira adalah murid
yang dapat menguasai semua bahagian (Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi)
No comments:
Post a Comment