Pengenalan
Unit 8 : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia.
Masyarakat majmuk di Malaysia mewarisi pelbagai adab sosial yang menjadi warisan budaya Malaysia. Apabila kita hidup dalam masyarakat majmuk, kita haruslah beradab sosial. Adab sosial adalah satu tingkah laku yang boleh mewujudkan suasana harmoni dalam tatasusila pergaulan antara kaum.
7.2 Seni Muzik
Seni muzik berkaitan dengan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian tradisional. Antara seni muzik yang diwarisi sejak turun-temurun ialah
Alat-alat Muzik Tradisional Warisan Budaya Masyarakat Malaysia
Terdapat pelbagai alat muzik tradisional yang diwarisi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Alat muzik biasanya digunakan untuk mengiringi tarian tertentu.
Kaum Melayu
Gendang
Gong
Nafiri
Serunai
Rebana ubi
Kaum Cina
Gendang
Er hu
Kaum India
Sitar
Tanpura
Sarangi
Tabla
- nobat
- gamelan

7.4 Dialek
Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai dialek untuk berkomunikasi. Dialek ialah bahasa yang digunakan dalam daerah dan kelompok masyarakat tertentu. Setiap dialek berbeza antara satu dengan yang lain dari segi sebutan dan makna perkataan. Dialek-dialek wujud mengikut daerah dan negeri.
Dialek utama di Malaysia ialah
Dialek utama di Malaysia ialah
sumber http://www.youtube
dialek utara - negeri Kedah
sumber http://www.youtube.com
dialek pantai timur - negeri Kelantan
sumber http://www.youtube.com
dialek Negeri Sembilan
Unit 7 : Kenali Apreasiasi Kekayaan Pelbagai Warisan Budaya Malaysia.
Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum yang mewarisi warisan budaya sejak turun-temurun. Antara kaum yang utama ialah Melayu, Cina, India Iban, Kadazandusun, dan Sikh. Setiap kaum mempunyai warisan budaya yang tersendiri.
Antara warisan budaya yang diwarisi ialah
Antara warisan budaya yang diwarisi ialah
- seni tari
- seni muzik
- bahasa
- dialek
KENALI BUDAYA MALAYSIA - TAHUN 4
HASIL PEMBELAJARAN
- Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
- Menghuraikan adab sosial budaya Malaysia dan kepentingannya.
- Mengapresiasi warisan budaya sendiri.
- Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.
- Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.
- Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum.
Aktiviti yang telah dijalankan peringkat sekolah.( Program Mesra Aidilfitri )
Program ini dijalankan hasil daripada idea Tuan Guru Besar saya sendiri iaitu En. Ahmad Rosidi bin Md. Sirat.
Program 'Mesra Aidilfitri'.
Matlamat :
Sambutan Aidilfitri sewajarnya dirayakan, disambut, dirasai bersama bagi semua kaum. Di sekolah khasnya di SK. Methodist, ia menjadi asas penting untuk menyemai semangat perpaduan dan integrasi kaum. Ini adalah tanggungjawab murni dan amat sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Tambahan pula di kalangan murid terdapat ketidakseimbangan sosioekonomi, peluang dan penyertaan yang berbeza mengikut kemampuan, seharusnya kita amat peka dan prihatin. Marilah kita bersyukur dan berusaha untuk memberikan peluang ini kepada anak didik kita tanpa mengira kaum.
Kaedah Pelaksanaan:
Kumpulan A : Menyiapkan Ketupat dan Nasi Impit
Tuan Guru Besar turut serta untuk menghasilkan lemang.
Lemang yang siap untuk dibakar.
Matlamat :
Sambutan Aidilfitri sewajarnya dirayakan, disambut, dirasai bersama bagi semua kaum. Di sekolah khasnya di SK. Methodist, ia menjadi asas penting untuk menyemai semangat perpaduan dan integrasi kaum. Ini adalah tanggungjawab murni dan amat sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Tambahan pula di kalangan murid terdapat ketidakseimbangan sosioekonomi, peluang dan penyertaan yang berbeza mengikut kemampuan, seharusnya kita amat peka dan prihatin. Marilah kita bersyukur dan berusaha untuk memberikan peluang ini kepada anak didik kita tanpa mengira kaum.
Kaedah Pelaksanaan:
Kumpulan A : Menyiapkan Ketupat dan Nasi Impit
Guru-guru sedang membasuh beras.
Memasukkan beras ke dalam sarung ketupat.
Inilah hasilnya ketupat yang telah siap direbus.
Kumpulan B : Menyiapkan rendang
Antara aktiviti yang dijalankan peringkat sekolah. ( Kembara Warisan )
Resepi dodol
Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali penyediaan masakan tradisional yang disediakan pada zaman dahulu kala. Oleh itu, program seumpama ini diperkenalkan bertujuan mendedahkan serta memperkenalkan kepada murid terutamanya generasi di alaf baru tentang penyediaan makanan pada masyarakat zaman dahulu. Di samping itu ia juga dapat memberi gambaran dan fahaman kepada murid bagaimana cara penyediaan dan rasa makanan yang disajikan secara 'realiti' kepada murid itu sendiri yang mana mungkin ini pengalaman kali pertama dan terakhir bagi hidup mereka.
Pekerja am sekolah sedang memarut kelapa iaitu kira-kira
60 biji kelapa untuk penyediaan 2 kawah dodol.
Tuan Guru Besar juga turut sama membantu dalam penyediaan bahan-bahan membuat dodol.
Kelapa diparut kemudiannya diperah untuk mendapatkan santan.
Guru-guru mengerah keringat mengacau dodol.
Murid-murid juga turut membantu dalam mengacau dodol tersebut sambil dipantau oleh guru.
Diharap pelajar akan dapat mencapai beberapa objektif antaranya:-
- Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid tentang makanan tradisional.
- Memberi peluang kepada murid menimba ilmu secara tidak formal.
- Memberi pengalaman sebenar kepada murid tentang penyediaan sebenar memasak makanan tradisional.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru.
- Mengapresiasi warisan budaya sendiri.
- Mengenal budaya sosial masyarakat lain.
- Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum.
Secara kesimpulannya aktiviti ini telah mencapai objektif untuk mendedahkan murid kepada suasana sebenar budaya Malaysia yang pelbagai kaum.
Subscribe to:
Posts (Atom)