Pengenalan


8.1 Adab Berpakaian

Kita harus berpakaian sopan dan bersesuaian dengan majlis yang kita hadiri.

PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAAN - FASA 3



3.    Fasa 3 : Selepas Peperiksaan

PENYEMAKAN KERTAS JAWAPAN

·         Menyerahkan skrip jawapan murid kepada guru mata pelajaran setelah peperiksaan selesai untuk diperiksa mengikut skema.

·         Memeriksa skrip jawapan murid, merekod markah dan menyerahkan kepada guru kelas.


LAPORAN MARKAH PEPERIKSAAN

·         Membuat analisis prestasi pencapaian murid mengikut mata pelajaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.

·         Merekod markah dan analisis ke dalam Buku/Kad/Slip Pelaporan murid dan menyerahkan kepada Pengetua/Guru Besar/GPK untuk ditandatangani.

·         Menyerahkan Buku/Kad/Slip Pelaporan murid kepada ibu bapa/penjaga untuk disemak dan ditandangani serta dikembalikan untuk disimpan.


TINDAKAN SUSULAN

·         Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid.

·         Melaksanakan pengayaan / pemulihan berdasarkan analisis item.

·         Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur.

PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN - FASA 2



2.   Fasa 2 : Semasa Peperiksaan 
(Pengendalian Peperiksaan)
·         Menyediakan Jadual Pengawasan Peperiksaan yang disahkan oleh P/GB/GPK.

·         Susun dan atur meja murid dalam kelas/dewan peperiksaan mengikut susunan dan jarak yang sesuai.

·         Pengawas mengambil kertas soalan dan diedar kepada murid pada hari peperiksaan kertas itu dijalankan.

·         Mengawasi perjalanan peperiksaan.

·         Kumpul kertas jawapan murid dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/ PK.

PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN - FASA 1



Fasa 1 : Sebelum Peperiksaan
Penyediaan Soalan
(Jika Soalan Tidak Setara)

·         Menentukan penyedia/penggubal soalan dan disahkan oleh  pengetua/Guru Besar

·         Muka hadapan soalan perlu mengandungi butiran berikut :
                       a) Nama Sekolah
                       b) Nama Peperiksaan
                       c) Nama Mata Pelajaran
                       d) Nama Murid
                       e) Tingkatan / Tahun / Kelas
                       f)  Masa yang diperuntukkan
                       g) Arahan Am
                       h) Bilangan Halaman Bercetak

·         Menyediakan draf soalan:
                        a) Jadual Spesifikasi Item/Ujian (JSI/U)
                        b) Item/Soalan
                        c) Skema Jawapan

·          Menyerahkan draf soalan dan skema jawapan kepada ketua  panitia untuk semakan.

·         Menyemak draf soalan dan skema jawapan serta mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran (jika berkaitan) dan meluluskan draf soalan.

·         Menerima soalan untuk disahkan.

·         Menerima soalan untuk dicetak.

·         Menerima soalan yang telah siap dicetak untuk diagihkan mengikut bilangan murid bagi kelas berkaitan kepada Setiausaha Peperiksaan.

·         Menerima dan menyimpan kertas-kertas soalan di tempat selamat .