Pengenalan


Unit 8 : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia.

Masyarakat majmuk di Malaysia mewarisi pelbagai adab sosial yang menjadi warisan budaya Malaysia. Apabila kita hidup dalam masyarakat majmuk, kita haruslah beradab sosial. Adab sosial adalah satu tingkah laku yang boleh mewujudkan suasana harmoni dalam tatasusila pergaulan antara kaum.

7.2 Seni Muzik

Seni muzik berkaitan dengan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian tradisional. Antara seni muzik yang diwarisi sejak turun-temurun ialah
  • nobat
  • gamelan

Alat-alat Muzik Tradisional Warisan Budaya Masyarakat Malaysia 
Terdapat pelbagai alat muzik tradisional yang diwarisi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Alat muzik biasanya digunakan untuk mengiringi tarian tertentu.


Kaum Melayu


Gendang 
Gong
Nafiri 
Serunai
Rebana ubi


Kaum Cina


Gendang
Er hu


Kaum India


Sitar
Tanpura
Sarangi
Tabla

    7.4 Dialek

    Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai dialek untuk berkomunikasi. Dialek ialah bahasa yang digunakan dalam daerah dan kelompok masyarakat tertentu. Setiap dialek berbeza antara satu dengan yang lain dari segi sebutan dan makna perkataan. Dialek-dialek wujud mengikut daerah dan negeri. 

    Dialek utama di Malaysia ialah

     
    sumber http://www.youtube
    dialek utara - negeri Kedah



     sumber http://www.youtube.com

    dialek pantai timur - negeri Kelantan


     
    sumber http://www.youtube.com
     dialek Negeri Sembilan 

      Unit 7 : Kenali Apreasiasi Kekayaan Pelbagai Warisan Budaya Malaysia.

      Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum yang mewarisi warisan budaya sejak turun-temurun. Antara kaum yang utama ialah Melayu, Cina, India Iban, Kadazandusun, dan Sikh. Setiap kaum mempunyai warisan budaya yang tersendiri. 
      Antara warisan budaya yang diwarisi ialah
      • seni tari
      • seni muzik
      • bahasa
      • dialek

      KENALI BUDAYA MALAYSIA - TAHUN 4

      HASIL PEMBELAJARAN 

      1. Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
      2. Menghuraikan adab sosial budaya Malaysia dan kepentingannya.
      3. Mengapresiasi warisan budaya sendiri.
      4. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.
      5. Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.
      6. Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum.

      Aktiviti yang telah dijalankan peringkat sekolah.( Program Mesra Aidilfitri )

      Program ini dijalankan hasil daripada idea Tuan Guru Besar saya sendiri iaitu En. Ahmad Rosidi bin Md. Sirat.

       Tuan Guru Besar turut serta untuk menghasilkan  lemang.

       Lemang yang siap untuk dibakar.


      Program 'Mesra Aidilfitri'.

      Matlamat :
      Sambutan Aidilfitri sewajarnya dirayakan, disambut, dirasai bersama bagi semua kaum. Di sekolah khasnya di SK. Methodist, ia menjadi asas penting untuk menyemai semangat perpaduan dan integrasi kaum. Ini adalah tanggungjawab murni dan amat sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Tambahan pula di kalangan murid terdapat ketidakseimbangan sosioekonomi, peluang dan penyertaan yang berbeza mengikut kemampuan, seharusnya kita amat peka dan prihatin. Marilah kita bersyukur dan berusaha untuk memberikan peluang ini kepada anak didik kita tanpa mengira kaum.

      Kaedah Pelaksanaan:

      Kumpulan A : Menyiapkan Ketupat dan Nasi Impit


       Guru-guru sedang membasuh beras.

       Memasukkan beras ke dalam sarung ketupat.

       Inilah hasilnya ketupat yang telah siap direbus.

      Kumpulan B : Menyiapkan rendang


      Antara aktiviti yang dijalankan peringkat sekolah. ( Kembara Warisan )


      Resepi dodol


      Di zaman arus teknologi yang semakin berkembang ini menyebabkan masyarakat masa kini semakin tidak mengenali penyediaan masakan tradisional yang disediakan pada zaman dahulu kala. Oleh itu, program seumpama ini diperkenalkan bertujuan mendedahkan serta memperkenalkan kepada murid terutamanya generasi di alaf baru tentang penyediaan  makanan pada masyarakat zaman dahulu. Di samping itu ia juga dapat memberi gambaran dan fahaman kepada murid bagaimana cara penyediaan dan rasa makanan yang disajikan secara 'realiti' kepada murid itu sendiri yang mana mungkin ini pengalaman kali pertama dan terakhir bagi hidup mereka.
      Pekerja am sekolah sedang memarut kelapa iaitu kira-kira 
      60 biji kelapa untuk penyediaan 2 kawah dodol.
      Tuan Guru Besar juga turut sama membantu dalam penyediaan bahan-bahan membuat dodol.
      Kelapa diparut kemudiannya diperah untuk mendapatkan santan. 
      Guru-guru mengerah keringat mengacau dodol.


      Murid-murid juga turut membantu dalam mengacau dodol tersebut sambil dipantau oleh guru.



                        Diharap pelajar akan dapat mencapai beberapa objektif antaranya:-
      •      Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid tentang makanan tradisional.
      •     Memberi peluang kepada murid menimba ilmu secara tidak formal.
      •   Memberi pengalaman sebenar kepada murid tentang penyediaan  sebenar memasak makanan tradisional.
      •     Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid dan guru.
      •     Mengapresiasi warisan budaya sendiri.
      •       Mengenal budaya sosial masyarakat lain.
      • Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum.
       
      Secara kesimpulannya  aktiviti ini telah mencapai objektif  untuk mendedahkan murid kepada suasana sebenar budaya Malaysia yang pelbagai kaum.

      Antara aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.






      Gambar menunjukkan sudut Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di dalam kelas 4 Berjaya. Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama murid-murid saya ialah
      1. Menghasilkan ketupat menggunakan reben.
      2. Buku Skrap yang bertajuk 'Makanan Tradisional Mengikut Kaum'.

      Aktiviti : ( 50 %)

      Tajuk                   : Senaraikan dan belajar melafazkan kata-kata hormat dalam bahasa ibunda pelbagai kaum.

      Objektif               : Mengetahui dan mempelajari kata-kata hormat kaum lain yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

      Langkah-langkah  : 

      1. Pastikan setiap ahli dalam kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza.
      2. Senaraikan kata-kata hormat bahasa ibunda sesuatu kaum.
      3. Melafazkan kata-kata hormat tersebut dalam bahasa ibunda kaum itu.
      4. Mempersembahkan kepada guru dan kawan-kawan sekelas.

      Sayangilah orang tua kita



      Video ini menerapkan kepada kita tentang pentingnya kasih sayang sesebuah keluarga, hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup.

      sumber: youtube

      BAHASA JIWA BANGSA.Movie.wmv

      6.6 Beradab Budaya Kita

      Masyarakat Malaysia telah lama dikenali sebagai sebuah masyarakat yang mengamalkan adab yang baik. Perlakuan beradab lebih menjadi budaya dan cara hidup kita. Adab sosial yang perlu dikekalkan supaya kita menjadi sebuah masyarakat yang dihormati dan disanjungi tinggi. 

      6.5 Perlakuan Bersopan.

      Perlakuan bersopan perlulah ditunjukkan di mana kita berada. Contoh perlakuan yang bersopan ialah:
      *   Duduk dengan tertib.
      *   Menutup mulut apabila menguap.
      *   Bersalam jika bertembung dengan kawan.
      *   Tidak bercakap semasa orang lain sedang berucap.
      *   Tidak mencelah ketika orang tua sedang bercakap.
      *   Memalingkan muka ke arah lain jika terbatuk atau terbersin.
      *   Membongkokkkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang yang lebih dewasa.

      6.4 Adab Perbualan Telefon

      Selain itu, kita mesti mengamalkan adab yang baik ketika berbual di telefon.

      1. Bercakap dengan sopan.
      2. Memulakan perbualan dengan mengucapkan salam atau selamat.
      3. Memperkenalkan diri terlebih dahulu.
      4. Menyatakan nama orang yang ingin dihubungi jika orang lain yang menjawab panggilan.
      5. Memohon maaf jika tersalah membuat panggilan.
      6. Tidak mencelah sekiranya orang lain sedang bercakap.
      7. Mengucapkan terima kasih sebelum menamatkan panggilan.
      8. Meletakkan gagang dengan perlahan.



      6.3 Bertutur dengan sopan

      Bertutur dengan sopan merupakan salah satu adab berinteraksi. Antara orang yang perlu kita bertutur dengan sopan adalah seperti berikut:


      * ibu bapa
      * ahli keluarga
      * guru
      * rakan-rakan
      * orang yang lebih dewasa

       

      Pertuturan yang sopan mencerminkan peribadi mulia. Adakah video di atas menunjukkan cara pertuturan yang bersopan?

      6.2 Adab Makan Amalan kita

      Kita hendaklah beradab ketika makan. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh jika kita mematuhi adab makan.
      1. Makan apabila semua anggota keluarga berada di meja makan.
      2. Mengunyah makanan dengan sopan.
      3. Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.
      4. Mengambil makanan yang paling dekat terlebih dahulu.
      5. Tidak berebut-rebut semasa mengambil makanan.
      6. Makan dengan tangan kanan.

      6.1 Kenali Adab Makan Masyarakat Malaysia.

      Secara am, adab makan masyarakat Malaysia pelbagai kaum tidak berbeza. Kita perlu mengamalkan adab makan yang bersopan. Masyarakat Malaysia mempunyai adab makan yang tersendiri. Antara adab makan tiga kaum utama di Malaysia adalah seperti yang berikut:


      a) Kaum Melayu
      * membaca doa sebelum makan
      * tidak berdiri semasa makan atau minum
      * tidak bercakap-cakap semasa makan


      b) Kaum Cina
      * makan dengan menggunakan kayu penyepit
      * tidak menghalakan penyepit kepada orang lain
      * tidak mencucuk makanan dengan penyepit ketika mengambil makanan tersebut


      c) Kaum India
      * makan dengan menggunakan tangan kanan
      * makan dengan tertib
      * makanan diletakkan di atas daun pisang
      * tidak bercakap dengan kuat semasa makan

      Unit 6 : Pengenalan

      Masyarakat Malaysia kaya dengan adab sosial dan budaya tersendiri. Adab sosial dan budaya mesti diamalkan bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Kita mesti menghormati adab sosial dan budaya lain yang terdapat di Malaysia. Antara adab sosial yang menjadi amalan masyarakat Malaysia termasuklah:
          * adab makan   ialah  perlakuan tertib ketika makan.
          * adab berinteraksi  pula akan menyebabkan kita dihormati oleh    orang lain.




      Aktiviti : ( 50 %)

      Tajuk : Berkongsi resipi makanan tradisional pelbagai kaum.

      Tulis satu resipi makanan tradisional  yang kamu ketahui. Resipi tersebut perlu merangkumi aspek yang berikut. Kongsikan resipi kamu dengan kaum lain dan pelajari juga resipi mereka.

      Nama resipi                  :
      Cara-cara membuat     :
      Cara-cara menghidang :

      Asal usul makanan kita

      Kita patut mengetahui asal usul makanan tradisional sebagai tanda menghargai makanan yang kita warisi. Jika kita mengetahui asal usul makanan tradisional, kita juga dapat mengenali makanan yang popular di sesebuah negeri. Asal usul makanan adalah seperti berikut:

      Hinava - Sabah

      Lontong - Johor

      Lulun - Sarawak


      Pasembor - Pulau Pinang

      Masak Lemak Cili Padi - Negeri Sembilan

      Nasi Kerabu - Kelantan 

       Cencaluk - Melaka

      Nasi Dagang - Terengganu

      Resipi Makanan Tradisional Kita

      Negara kita kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Makanan tradisional dihidang sewaktu:

      * makan bersama keluarga setiap hari
      * majlis perkahwinan
      * musim perayaan
      * majlis hari jadi
      * upacara keagamaan

      Keunikan makanan tradisional masyarakat Malaysia terletak pada:
      * hiasan
      * rasa
      * bentuk
      * warna
      * cara penyediaan 
      * penggunaan bahan untuk penyediaan

      Resipi sesuatu makanan adalah berbeza antara kaum.

      Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam makanan tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ialah:


      Kaum Melayu



       cili padi

       halia

       kunyit

       serai

       rempah-ratus

      santan


      Kaum Cina
      Bawang putih


      Cuka


      Kicap


      Sos tiram


      Cuka

      Kaum India

      Rempah-ratus


      Minyak bijan


      Minyak sapi


      Daun kari
       
       Santan